Saturday, October 16, 2010

Tenanglah Wahai Hati

Tenanglah wahai hati..
jangan dikusutkan fikiran dengan masalah dunia
kerana akhirat yang lebih abadi

Tenanglah wahai hati,
jika gelisah ucaplah zikrullah
kerana tidak ada kalimah yang lebih baik lagi

Tenanglah wahai hati,
jika tidak berdaya,
ketahuilah Allah tetap bersama kita

Tenanglah wahai hati,
jika diuji, mengadulah kepada yang Esa
kerana pasti akan ada jalan keluar ditunjukkan.

Tenanglah wahai hati,
jika betul-betul tak terdaya,
ucaplah innalillah wa inna ilahi rajiun kerana kita semuanya milik Allah

Tenanglah wahai hati,
lihatlah sesuatu perkara itu dengan mata hati
mata hati yang bersih di samping minta petunjuk yang Esa.

Tenanglah wahai hati,
jangan bersedih dengan perlakuan manusia
kerana ujian tuhan ada hikmahnya
dasari kedalam diri akan lahir kebijaksanaan yang menanti.

Tenanglah wahai hati,
jangan takut dan berprasangka yang bukan-bukan
tetapkan keyakinan diri kerana fikiran yang negatif hanya merosakkan pemikiran

Tenanglah wahai hati,
sabar, reda dan tabah
Allah tetap bersama kita
merintihlah dan menangislah jika betul tidak tertahan di depan-Nya
kerana Allah mengetahui segalanya
cukuplah Allah sebagai pelindung kita, sebagai penolong kita dan sebagai petunjuk kita
bersyukurlah kita akan nikmatnya..
buatlah hari ini sebagai hari terakhir kita
kerana belum tentu esok kita masih bernyawa

Jangan sedih hati..
cekalkan diri..yakin dan semaikan di hati Allah tetap bersama kita dan membantu kita di saat susah dan senang..

Ikhlas dari lubuk hati

No comments:

Post a Comment