Friday, December 17, 2010

1432 Tahun Baru :)

1432 H..tahun baru islam
baru ja kita masuk tahun islam
tp baru sy berkesempatan untuk mengupdatekan blog sy
atas kesibukan yang tidak dpt dielakkan..
maafkan sy...

1431 H dah meninggalkan kita
pada tahun 1431 H banyak meninggalkan kenangan
buat sy, konvokesyen, kesedihan dan kebahagian
itulah adat kehidupan yang perlu ditempuhi

biarlah 1431 berlalu dengan seribu pengertian buat sy
begitu juga dengan diri anda
jadikan pengalaman

okeylah 1431 h dah berlalu,
sekarang kita dah masuk 1432 H
sy mulakan dengan membaca doa akhir tahun selepas solat asar
dan memulakan tahun 1432 H dengan doa awal tahun
agar sepanjang tahun di rahmati dan diberkati.
InsyaAllah amin..

Diharap 1432 h ini akan membawa seribu
kegembiraan, kebahagian, ketenangan dan kemurahan rezeki
serta diberkati oleh Allah SWT
dan sentiasa memperbaiki diri dan melakukan kebaikan..

Selamat Tahun Baru 1432..

Semoga Kejayaan Milik kita..

Amin

Teka Teki Posting....

Posting..posting..
23-25hb taklimat diadakan d Marina Court
23hb nov tu mendaftar..
24hb taklimat dan ptg tu diumumkan tempat posting

adui..berdebar-debar rasa ni..
mula2 nama durg ivy dan rone kn umum
punya main jauh durg dpt d ld

tinggal sy sm c noy lagi
c noy membaca2 sdh
tunduk..tm daerah sipitang kena sebut, xda nama
last2 dearah keningau baru ada ni
t mc pun ssh2 mau sbut nama sy
tau dah t nama sy
akhirnya SMK APIN-APIN sekolah tempat berkhidmat
kawan2 ckp smk upin ipin..hehe
ada2 ja durg..

skali c noy pun dpt d keningau jgk tp lain skolah..
sedih jgk la dpt jauh skit dr cptg..
xpala..da hikmah..

mlm tu kuar kejap..kasi sejuk2 ati..hehe
bertolak pada pg 25hb p keningau
pemandangan yg indah..
smpi skolah lapor diri.
1 minggu orientasi
sepnjg mgu tu cari umah sewa
dah dpt..
ari jumaat balik p cptg..

tahun dpn bru dtg..
Insya-Allah semua akan berjalan lancar dan okey..
doakan..:)


Sunday, November 14, 2010

You stand Out

If every single graduate,
Were as special as you are,
The world would be a better place
And everyone a star.

In the real world, though,
You sure stand out
For your extraordinary traits,
Those uncommon things about you

Everyone appreciates
So congratulations, graduate!
We wish you are the best.
We know as you meet life's challenges,
You'll ace each and every test!

sumber: Hadiah Konvo daripada Bibi nooralijanah
tq bb

Thursday, November 11, 2010

Exam dan sabar


Exam? mesti bermain difikiran adik-adik sekarang kan.. yala tidak lama lagi nak SPM dan STPM.
Macamana persediaan? Dah sedia? alat-alat tulis dah beli? adakah masih dalam proses mengulangkaji?

Apapun keadaannya pastikan adik-adik bersedia untuk menempuh kejayaan..Pastikan adik-adik bersedia dan menumpukan perhatian dalam perjuangan ini. Jangan sia-siakan masa, tenaga dan pengorbanan ibu bapa adik-adik.

Kepada adik-adik, jangan gemuruh, kuatkan tekad dan keimanan. Biar apa orang nak kata, adik-adik teruskan perjuangan. Biarpun keputusan yang lalu tidak begitu membanggakan, ayuh inilah masanya untuk adik-adik buktikan kepada mereka yang adik-adik juga mampu berjaya seperti mereka. yang paing utama ialah usaha, doa dan berserah kepada Tuhan..Jangan sesekali putus asa.

Ibarat cerita seorang lelaki yang diberitahu oleh seorang warga emas yang ada suatu tempat di sana ada harta karun tetapi kena mengali sedalam 7 kaki. Lelaki ini pun mengali-mengali tanah tersebut. br dalam 2 kaki, seorang orang kampung menegurnya meminta dia berhenti kerana mengatakan perbuatan tersebut sia-sia, tetapi lelaki ini ters mengali. Datang lagi seorang orang kampung dari kampung yan lain ketika dia mengali dalam ke dalaman 4 kaki, meminta dia berhenti, tetapi dia terus mengali dan tidak mempedulikan. Lelaki ini amat letih, tetapi tetap meneruskan. Datang lagi orang kampung meminta dia berhenti dalam ketika dia mengali dalam kedalaman 5 kaki. Dia pun berhenti. Oleh itu, lelaki tadi pun meninggalkan kerjanya dan diganti oleh lelaki yang lain. Lelaki yang lain ini terus mengali dan akhirnya dia mendapat harta karun..

Apa pengajaranya?

Amat mudah, jika lelaki pertama tadi terus mengali tanpa rasa putus asa, dia akan berjaya mendapat harta karun, tetapi dia berhenti. Dia tidak dapat apa-apa hanya dapat penat ja. Tetapi lelaki yang kedua tadi mendapat harta karun kerana tidak putus asa.

Oleh itu, dalam kehidupan ini kita harus setiasa bersemagat dan tidak putus asa. Bukan untuk adik-adik saja tetapi juga buat diri saya..Kadang-kadang kita terasa amat lemah dan tidak terdaya untuk melangkah dan berjalan sedangkan di penghujung sana sebenarnya ada kemanisan jika kita tidak berputus asa.

Ingat:

Sabar itu adalah penolong.

Kejayaan bukan destinasi tetapi sepanjang perjalanan

Moga kita terus tabah..

Huda Owen


Wednesday, November 10, 2010

Muhasabah Diri


Muhasabah diri?
itu yang saya sedang lakukan pada minggu ini..
bukanlah bermaksud pada minggu ini saja perlu muhasabah diri
tetapi tiap-tiap hari..

maksudnya,
saya sedang mengumpulkan respon atau pendapat rakan-rakan saya
mengenai saya iaitu
dari segi keburukan, kebaikan, bagaimana sikap saya, keistimewan saya dan lain-lain

kenapa?
saya ingin meperbaiki diri saya dari masa ke masa
kerana orang disekeliling saya yang menilai saya
saya ingin menjadi lebih baik dari semalam
ingin mencari kekuatan dalam diri yang membolehkan saya lebih maju
lebih baik dari semalam

bukankah itu lebih baik
kerana saya tidak mahu hanya berada dalam tangga yang sama
saya mahu berada dalam tangga yang lebih baik lagi

bukan untuk membangga diri atau ingin kelihatan hebat
tapi untuk menjadi yang lebih baik
bukankah hidup kita ini singkat
jadi lebih baik saya memperbaiki apa keburukan
kerana dari sana saya belajar sesuatu

jangan risau saya tidak terasa
kerana kata-kata yang jujur dari seorang insan yang bergelar sahabat
lebih baik dari seorang sahabat yang bercakap di belakang kita
jadi jujur la..hehe

saya mau muhasabah diri
apatah lagi tahun 2010 ini bakal kepenghujungnya
saya ingin menutup tahun ini dengan 1000 cerita yang terkesan dihati
dan ingin membuka tahun 2011 dengan tahun yang terbaik, ceria dan mengembirakan saya
serta ingin memperbaiki diri saya..

jadi..pada kawan2 yang ada komen or pendapat..
sudi2la memberikan pendapat ya..hehe

tq...

Huda Owen
"Ingin Lebih baik dari semalam"
agar semalam yang berlalu menjadi sejarah yang tak akan berulang lagi,
malah sejarah ini lah yang membangkitkan kejayaan dan kegembiran"
Insya-Allah.. Amin..

Pesan Nabi 2

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami". (Hadis Riwayat Abu Daud).

Daripada Abu hurairah R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir". (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah". (Riwayat al-Bukhari).


Thursday, October 28, 2010

Terima Kasih Ya Allah


Bersyukur kepada Allah atas pemberian-Nya...

maaflah lama tidak menulis..kerana tidak mempunyai cerita..

kenapa kali ini saya menulis tajuk ini..cerita kali ini sangat dekat dengan saya...

baru tadi menerima pesanan daripada Ivy (antara salah seorang rakan yang sangat rapat dengan saya) yang memberitahu bahawa keputusan temuduga sudah keluar..

perasaan sangat berdebar-debar..bermacam-macam difikiran saya..terdetik dihati kecil mesti tidak dapat ni..tp saya yakinkan diri dan katakan mesti saya dapat.

alhamdulilah..bersyukur kepada Allah..saya berjaya dalam temuduga kali ini dan hanya menunggu untuk dipanggil untuk penempatan sahaja..

perasaan saya ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu..menangis? sudah tentu..Kenapa?

ketika pergi untuk temuduga, saya kurang sihat dan masalah yang begitu menekan..apatahlagi ketika balik dari temuduga, kereta yang dipandu oleh ayah saya tidak hidup..ketika itu, hujan yang sangat lebat..

jadi saya dan ayah terpaksa menolak kereta dalam keadaan hujan, yang mana ketika itu saya berbaju kurung,abis kasut basah..berbuka di tengah jalan..Alhamdulilah..ada hikmah..

Syukur pada Allah..Terima kasih ya Allah..begitu luas rahmat yang Engkau berikan kepada diriku yang kerdil ini..Terima kasih...

kepada kawan-kawan, tahniah....semoga kita menjadi guru yang terbaik kepada semua..

Terima Kasih ya Allah..Syukur..tidak terucap dengan kata-kata..ingat..setiap kesusahan..pasti ada kesenangan..

Terima kasih..

Monday, October 18, 2010

Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Nyanyian: Unic..
Tajuk: Atas Nama Cinta..

Saturday, October 16, 2010

Tenanglah Wahai Hati

Tenanglah wahai hati..
jangan dikusutkan fikiran dengan masalah dunia
kerana akhirat yang lebih abadi

Tenanglah wahai hati,
jika gelisah ucaplah zikrullah
kerana tidak ada kalimah yang lebih baik lagi

Tenanglah wahai hati,
jika tidak berdaya,
ketahuilah Allah tetap bersama kita

Tenanglah wahai hati,
jika diuji, mengadulah kepada yang Esa
kerana pasti akan ada jalan keluar ditunjukkan.

Tenanglah wahai hati,
jika betul-betul tak terdaya,
ucaplah innalillah wa inna ilahi rajiun kerana kita semuanya milik Allah

Tenanglah wahai hati,
lihatlah sesuatu perkara itu dengan mata hati
mata hati yang bersih di samping minta petunjuk yang Esa.

Tenanglah wahai hati,
jangan bersedih dengan perlakuan manusia
kerana ujian tuhan ada hikmahnya
dasari kedalam diri akan lahir kebijaksanaan yang menanti.

Tenanglah wahai hati,
jangan takut dan berprasangka yang bukan-bukan
tetapkan keyakinan diri kerana fikiran yang negatif hanya merosakkan pemikiran

Tenanglah wahai hati,
sabar, reda dan tabah
Allah tetap bersama kita
merintihlah dan menangislah jika betul tidak tertahan di depan-Nya
kerana Allah mengetahui segalanya
cukuplah Allah sebagai pelindung kita, sebagai penolong kita dan sebagai petunjuk kita
bersyukurlah kita akan nikmatnya..
buatlah hari ini sebagai hari terakhir kita
kerana belum tentu esok kita masih bernyawa

Jangan sedih hati..
cekalkan diri..yakin dan semaikan di hati Allah tetap bersama kita dan membantu kita di saat susah dan senang..

Ikhlas dari lubuk hati

Friday, October 15, 2010

Alhamdulilah






Akhirnya, pengajian selama 4 tahun di universiti dah berhasil apabila menerima ijazah semasa majlis konvoksyen yang ke-12 baru-baru ini..syukur kepada Allah..

Terima kasih kepada ibu bapa saya, guru-guru, pensyarah dan rakan-rakan serta kepada anda semua atas segalanya..Terima Kasih...

"Kejarlah ilmu itu di mana saja berada tanpa mengabaikan akhirat dan lakukan ikhlas kerana tuhan dan orang yang di sayangi"...

Wednesday, September 29, 2010

Pesan Nabi

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah" (Hadis Riwayat Muslim)

"Sesiapa yang tidak menaruh belas kasihan sesama manusia maka Allah juga tidak akan menaruh belas kasihan terhadapnya" ( Hadis Riwayat Muttafaqun 'Alaihi)

"Reda Allah bergantung kepada reda dua ibu bapa dan murka Allah bergantung kepada murka kedua-dua ibu bapa" (Riwayat Al-Hakim)

"Bertaqwala kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadamkan yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. (dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a)

Dari Ibn Umar r.a katanya : "Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai perantau, atau pengembara". Maka Ibn Umar berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi dan jika engaku berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati".




Sunday, September 26, 2010

cinta



Cinta

Cinta sesama manusia

Mendengar perkataan ini

Mungkin membuatkan kita seakan sedikit trauma untuk mengalaminya lagi

Cukupla apabila rasa sakit disakiti

Pedih di hati tuhan saja yang tahu

Bertapa payah mengorak langkah

Bertapa payah membina hati

Bertapa payah membina keyakinan

Apatahlagi cinta dibina atas dasar yang suci

Tapi dikhianati demi orang lain

Jangan menyatakan cinta jika satu hari melukakan hati orang lain

Kerana satu hari nanti kita akan bakal di sakiti

Jangan juga mendapatkan cinta dengan sesuatu yang salah

Kerana Tuhan itu adil kepada setiap hamba-Nya

Biarla berhenti di situ saja

Cukupla pengalaman lalu yang mengajar kita sesuatu

Apatah lagi bila kita mengatakan ada yang tersirat

Tetapi tidak dipedulikan

Cukupla kita sedar

Bahawa cinta kepada manusia tidak akan menjanjikan sesuatu yang kekal

Tetapi cinta kepada tuhan adalah yang paling agung dan yang paling pasti


Cinta kepada tuhan

Kita tidak perlu rasa susah hati

Kita tidak perlu rasa sedih

kita tidak perlu berebut

Kita tidak akan disakiti

Malah makin disayangi oleh-Nya

Cinta kepada tuhan juga,

Menyebabkan kita akan rasa gembira

Dan bersyukur atas nikmat-Nya

Malah kita akan rasa sesuatu di hati yang pasti

Kedamaian yang tidak berbelah bagi

Cinta kepada tuhan

Tidak akan ada seorang pun yang akan rasa sakit hati

Dan mendapatkan cinta dengan rasa yang salah

Akan menyebabkan kita tenang dan sentiasa disayangi oleh-Nya.

Jika cinta kepada manusia, janji-janjinya adalah paslu

Tetapi janji-janji tuhan adalah sesuatu yang pasti

Jika cinta kepada manusia boleh berubah-ubah

Tetapi cinta kepada tuhan adalah kekal

Lebih baik bercinta kepada sesuatu yang pasti

Pasti kita tidak akan dikecewakan

Dekatkan diri kepada tuhan

Pasti kita akan menemui sesuatu

Pasti kita akan diberikan petunjuk

pasti kita akan diberikan keberkataan

Biarla cinta dari manusia itu datang dengan sendiri

Kerana tuhan telah menentukan segalanya

Moga satu hari nanti kebenaran yang diucapkan akan ditunjukkan

Berdoala kita kepada tuhan

Sesungguhnya kita hanya manusia yang lemah

Cintala kita hanya kepada-Nya

Kerana cinta tuhan seluas-luasnya

Kalah cinta manusia sesama manusia

Sedarla kita..

Dunia ini hanya pinjaman

Kejarla cinta kepada tuhan

Kerana cinta tuhan adalah sesuatu yang pasti

Sayang kita kepadanya

Akan menyebabkan kita disayangi oleh-Nya

Bertapa luas cinta tuhan kepada kita

Sedangkan cinta manusia hanya sementara

Dan belum tentu

Jika kita sayang kepada mereka

Mereka akan membalasnya

Tapi cinta tuhan

Seluas-luasnya

Sayangla kita

Cintala kita kepada yang satu

Iaitu cinta kepada pencipta..

Indahnya


Indahnya tempat ini
Tempat yang ingin ku lawati
tempat yang ku ingin pergi
tempat yang ku idam-idamkan selama ini.

Indahnya tempat ini,
bila agaknya dapat ku pergi,
pergi bukan untuk membawa diri,
tapi pergi untuk menunaikan kewajipan diri.

Indahnya tempat ini,
ingin ku pergi hari ini,
tapi kewangan masih tidak mencukupi,
insyaAllah ada rezeki nanti akan ku pergi.

Indahnya tempat ini,
mencari reda Ilahi,
mencari sesuatu yang pasti,
mencari yang kekal di hati.

Indahnya tempat ini,
biar beribu jauhnya akan ku pergi,
pergi sebagai insan yang menemui ilahi,
pergi menunaikan satu janji.

Indahnya tempat ini,
harap esok masih bernafas di bumi ini,
agar kewajipan terus dipenuhi,
dalam mencari cinta Ilahi.
kerana cinta Ilahi adalah cinta yang pasti.

Friday, September 24, 2010

Kenapa Menulis..


Kenapa saya menulis?

Sebenarnya saya memang suka menulis kerana dengan menulis saya boleh meluahkan apa saja yang saya rasa dalam diri saya. Sama ada saya marah..ketawa..menangis, sedih atau gembira..saya akan meluahkan kerana saya ingin berkongsi apa yang saya rasa..

Dengan menulis juga, saya dapat menyebarkan dan berkongsi apa yang saya tahu dengan anda semua..

walaupun terdapat segelintir yang memandang serong dengan mengatakan kenapa perlu menulis dan menyatakan kenapa perlu berkongsi apa yang saya rasa dengan orang lain, kenapa tidak simpan sendiri saja..

Jawapan saya adalah mudah..bukan semua yang berada di dalam hati boleh kita simpan selama-lamanya..kita menulis bukan bererti kita ingin orang bersimpati dengan kita..kita menulis juga bukan bererti kita ingin orang meminati kita..kita menulis bukan bererti kita mahu cuba semuanya..

Tetapi kita menulis untuk menyatakan apa yang kita rasa, apa yang kita tahu..kerana menulis untuk menyatakan keinginan kita..semua orang ada hobi masing-masing.begitu juga dengan saya..saya suka menulis dan sedang belajar cara-cara menulis dengan baik..:)

Tegur saya jika saya salah kerana saya budak yang baru belajar...

Wednesday, September 22, 2010

10 Perkara untuk peringatan kita



Kita sebagai manusia selalu melakukan sesuatu perkara yang menyeronokkan walaupn perkara tersebut mendatangkan keburukan..Oleh itu, ingatlah kita kepada 10 perkara ini..

1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah SWT.
2. Jangan tidur selepas solat subuh supaya kita dimurahkan rezeki.
3. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk melakukan kebaikan kerana takut kita akan mati dalam perjalanan.
4. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
5. Jangan ego meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah.
6. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita dan hilang kebahagian.
7. Jangan lupa berserah kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita akan sombong apabila berjaya dan kecewa apabila gagal.
8. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
9. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
10. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia kerana akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih kekal lama dan kekal selama-lamanya..

Monday, September 20, 2010

Kematian?


Di dalam sebuah kampung, terdapat sepasang suami isteri..suami bernama A dan isteri bernama B..

B : bang, jika saya tak ada..Jaga diri baik-baik ya..
A : saya tidak suka dengar awak balik-balik cakap macam itu..
B : kenapa? kan kematian itu sesuatu yang pasti..kenapa kita perlu takut menghadapinya..yang penting adalah bekal kita menemui pencipta yang perlu diisi..samada sudah bersedia ka kita untuk menghadapi waktu itu..

Jelaslah bahawa kematian itu sesuatu yang pasti..dunia ini hanya sementara..kehidupan di akhirat lebih menjanjikan kebahagian..rebutlah peluang yang masih ada ini untuk kita mengisi untuk bekalan di akhirat kelak..kerana kehidupan di sana lebih kekal..isilah kantung hidup kita dengan amal dan kebaikan..jangan menyakiti insan di sisi kita..kerana hukum tuhan sesuatu yang pasti..selagi ada daya..selagi ada waktu..bersyukurla kita atas nikmatNya..dan isi la amal ibadat kita..mg kita termasuk dalam golongan orang yang beriman..InsyaAllah..Amin

Pipi Kawen..





tgk la gambar-gambar rosfaizah Yusof kawen..dan anak-anak buahnya...

Salam Terakhir Buat Semua

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu


Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya


Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu



Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Berdoa Kah Kita ?

sejauhmana anda berdoa kepada tuhan? adakah semasa susah sahaja ataupun semasa susah dan senang? tepuk dada tanya diri anda..adakah anda tergolong dalam golongan yang apabila ada masalah hanya memikirkan masalah tersebut tetapi tidak memohon petunjuk kepada tuhan? jika anda tergolong dalam golongan ini..Rugila anda kerana membiarkan emosi dan kehendak hati memenuhi diri..Sedangkan kita mempunyai pencipta yang memberikan kita petunjuk..tidak sedarkah kita, yang kita ini hanya manusia yang lemah di sisi tuhan...yang mana ketika itu kita diuji tetapi kita membiarkan tanpa meminta petunjuk dari-Nya..Amat malangla kita jika kita sebegitu...

Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Mukmin : Ayat 60
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu..Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina".

MasyaAllah, moga kita dihindarkan daripada bersifat sedemikian..Amin..

Berdoala kita kepada tuhan semasa susah mahupun senang. InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT kerana Allah telah berfirman :

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku menjawab untukmu. (Ghaafir:60).


janganlah kita terburu-buru dalam berdoa dan bersifat putus asa agar dimakbulkan dengan segera kerana keadaan seperti itu yang menyebabkan penghalang doa itu diterima oleh Allah SWT..

sebagaimana Rasulullah SAW bersabda : Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (Riwayat Imam al-Bukhari).

kita hendaklah yakin dalam berdoa dan semaikan di dalam hati bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT dan memperbanyakkan amalan agar dipermudahkan termakbulnya doa..Buatla sesuatu itu kerana Allah SWT.

Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah berbanding doa ( Riwayat Tirmidzi).

Allah adalah Tuhan yang Maha Adil dan Allah sentiasa mengotakan janji-janji hamba-Nya

“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”. (Riwayat Tirmidzi).

Berdoala kita dengan hati yang ikhlas, dengan rasa rendah diri dan sentiasa menyesali apa yang telah kita lakukan..Kita ini hanyala manusia yang lemah disisi tuhan..

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)

berdoa, merintihla dan mengadula kita kepada Allah SWT kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Sesungguhnya Allah tidak jauh dari hamba-Nya tetapi hamba-Nya yang sentiasa menjauhkan diri dari Allah.. bergantungla kita kepada Allah, nescaya Allah sentiasa berada di samping kita..Amin..

Berdoala kita sentiasa agar sentiasa berada dalam rahmatNya..