Friday, September 17, 2010

Di mana Matahari 2


Bersedih?

Setiap insan yg bergelar manusia mesti bersedih atas apa yg menimpa..tp kesedihan itu harus ada batasnya..Jangan bersedih kawan-kawan,sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan dugaan dan cabaran.Bukan untuk anda saja tetapi meningatkan diri saya sendiri bahawa kita sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran..Tipula jika ada yang mengatakan mereka tidak bersedih apabila disakiti, dizalimi,ditinggalkan serta diuji..saya juga seperti anda, yang sedih apabila diuji, disakiti..tp saya sedar bahawa segala-galanya dirancang dengan sempurna dan rapi oleh Allah S.W.T. Percayala..setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan tuhan itu adil pada setiap hamba-Nya..

Setiap kita yang bergelar manusia haruslah reda dengan segala ketentuan-Nya, Qada dan Qadar-Nya..Semuanya untuk menguji sejauh mana kekuatan iman kita..Ujian tuhan kepada kita untuk kita merenung diri kita semula, adakah kita lalai kepada tuhan sebelum ini, ujian ini juga untuk menghapuskan segala dosa yang kita buat dan sedar akan kekurangan diri kita dan diberikan pahala.

Kuat dan rapuh kita bergantung kepada kita..Kuat atau rapuh? adakah kita akan patah jika hanya ditiup oleh angin yang lembut..

Kita diuji dengan sakit agar kita bersyukur apabila kita dalam keadaan sihat..
Kita diuji dengan kesusahan agar kita bersyukur dengan kesenangan.
Kita diuji dengan kegagalan agar kita lebih bersyukur dengan kejayaan..

Jangan kita bersedih..kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan kita..percayala setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Allah telah menyatakan dua kali bahawa setiap kesusahan, pasti akan ada kesenangan..

berdoala kita agar kita sabar,kuat, reda dan tenang dalam menghadapi dugaan-Nya..

Bersyukurla kita kerana kita diuji sedangkan ramai lagi yang terbiar..Semaikan di hati kita bahawa tuhan mengasihi kita setiap masa, menyayangi kita kerana menguji kita..mengingatkan kita agar kembali kepada-Nya..Tuhan tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu memikulnya..Mintala petunjuk dari-Nya.Banyakkan la berdoa..

Semaikan di hati..
Jangan bersediah apabila kita disakiti, dizalimi kerana tuhan menguji kita..
Jangan bersedih jika kita diperlakukan oleh sesorang itu, kerana kita lihat perlakuan mereka terhadap tuhan..

Percayala..apa sahaja yang kita buat sama ada baik atau buruk..pasti ada hikmahnya..

Jangan kita bersedih..kita buang segala yang sedih..kita tunjukkan kita mampu dengan adanya tuhan disisi kita..dekatkan diri kepada-Nya..

Jangan sedih jika kita diambil sesuatu daripada kita kerana tuhan tidak akan mengambil sesuatu itu melainkan digantikan-Nya dengan sesuatu yang lebih baik..

Kita pandang kehadapan..mulakan sesuatu yang baru..Pasti kita akan menemui sesuatu..

Buat diri saya sendiri, agar saya kuat menempuh kehidupan ini,akan memandang kehadapan.. tidak akan berhenti berdoa dan jika betul jodoh..tidak akan kemana jua..sekarang ini..utamakan yang penting dahulu...banyak lagi yang akan ditempuhi pada masa akan datang..harap apa yang berlaku akan mematangkan dan menjadi lebih kental..kenangan lalu tetap diingatan..tetapi kehidupan perlu diteruskan...kadang diam kita untuk memberikan ruang untuk berfikir atas apa yang berlaku..

untuk yang lain..walau apa pun yang terjadi itu merupakan proses kehidupan dan tuhan menyayangi kita..berdoa dikala susah dan senang dan minta petunjuk dari tuhan dan jangan membiarkan emosi dan hati menguasai diri..fikirkan jugak orang disekeliling kita..Sesungguhnya Tuhan itu adil kepada setiap hamba-Nya..jangan bersedih..pasti ada hikmah menanti..Smile :)..peace..no war..hehe

Jangan risau..setiap kali sesuatu itu berlaku pasti ada hikamah yang tersembunyi..seperti hujan..kala hujan turun membasahi bumi..tetapi kita lihat selepas hujan..cantik bukan..ada burung berbunyi..ada pelangi menyinar ada kesegaran yang tidak ternilai..SubahanaAllah..begitu cantik ciptaan Tuhan..Begitu juga dalam kehidupan kita..pasti akan sinar menanti..:)

2 comments: