Sunday, September 19, 2010

Sahabat...


sahabat?

Semua orang mempunyai sahabat. Sahabat yang sejati adalah rakan atau kawan yang bersama-sama kita di saat susah dan senang. Serta yang sering menaikkan semangat dan membantu kita dalam apa yang kita buat..walaupun mereka tidak mampu untuk membantu tetapi cukupla hanya dengan kata-kata kerana "Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh".Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan.

Saidina Ali pernah berkata Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.

Teman sejati akan bersama kita dikala senang dan susah serta akan sentiasa disamping kita..Carila sahabat yang mampu membuat anda tersenyum walau apa pun keadaanya.

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

saya bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa berada di samping saya di ketika senang mahupun susah..Sahabat yang sentiasa mendoakan kebahagian dan kekuataan serta kebahagian. Sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat di saat saya kesedihan..Sahabat yang sentiasa bertanya mengenai keadaan saya ketika saya disakiti dan ketika senang...Terima Kasih Sahabat...Saya sangat menghargai anda semua...

Ingatla..tidak semua sahabat anda yang disekeliling anda mau bersama anda di saat susah dan senang..hanya teman sejati saja yang akan meraih tangan kita dan menyentuh hati kita..hargaila mereka kerana sahabat yang sejati dan setia saja yang mahu bersama anda dan mereka adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini..

tq ujie, noi, tq diana, tq noy, tq ivy, tq hafiz bg ayt pendinding, tq dean yg bertnya, tq emily chyntia, tq kepada semua sahabat dan rakan2 sy..sy sgt syg kepada anda semua..mg kita diberkati..:)..

Setiap air mata yg gugur..akan mematangkan kita..:)

2 comments:

  1. Nama akak tak ada pun? He he he... saja usik Huda. It's true. Sahabat baik ibarat sebahagian daripada diri kita, yang memahami apa yang kita rasa, yang tahu apa yang kita mahu. Bila ada yang menghulurkan salam persahabatan dan ternyata dia jujur ikhlas hendak bersahabat dengan kita, maka jagalah dia sepertimana kita menjaga nyawa kita kerana nescaya, sahabat yang baik sanggup menyabung nyawa untuk menyelamatkan nyawa kita. Insya-ALLAH.

    ReplyDelete
  2. hehe..ya kak..semua sahabat huda, huda akan hargai..tanpa mereka sapala huda..

    ReplyDelete